• AHLAN BIKUM ::: SELAMAT DATANG

    Alfu Syukran kerana sudi mengunjungi Laman Blog Rasmi Rawatan Terapi as-Sabah [RTAS] ini, sila berhubung dengan saya bagi tujuan janji temu rawatan dan khidmat bicara rawatan Islam/ kaunseling/ produk pemakanan sunnah/ produk ikhtiar rawatan; di talian 014-670 9926. Insya Allah membantu!

  • SABUN AL-BAYT DAN SABUN BELIREH

    SUATU IKHTIAR ::: Sabun al-Bayt : Ikhtiar dalam Rawatan Makhluk Halus/ Gangguan dan Masalah Kulit Sensitif/ Bersisik/ Anak Demam yang berpanjangan dan tiada kebah/ Berkutil... Sabun Belireh : Ikhtiar dalam Rawatan Masalah Kelemumur/ Kebotakan Kecil/ Kewanitaan [keputihan]/ Migrain ... 1 unit RM16.00 sahaja [harga Sabah Sarawak Labuan] Insya Allah ...

  • PRODUK IKHTIAR RAWATAN

    Boleh berhubung dengan Pengurusan RTAS iaitu Ustaz Jamal 014-670 9926 atau Email : jamalassabah@gmail.com ... Sila isi Borang Tempahan Online ...

  • SABUN RSM

    Sabun Rawatan Fizikal berkaitan Masalah Kulit dan Kewanitaan; Sabun Resdung [digunakan sebagai basuhan pada wajah, dibiarkan selama 10 minit], Sabun Sireh [Rawatan Kelemumur, Kewanitaan, Keputihan dan sebagai bilasan akhir selepas menggunakan Sabun Resdung; diguna bersama Sabun Resdung + Sabun Sireh] dan Sabun Marigold [masalah kulit sensitif, ekzema, melembabkan kulit] ... semua dengan izinNya jua... sama-sama berikhtiar ...

  • URUTAN SARAF DAN URAT

    Rawatan Ikhtiar dengan urutan tradisional badan, iaitu urutan urat dan saraf, iaitu menggunakan urutan 7 dan urutan 9 serta urutan lain yang berkaitan badan seperti urutan kelelakian/ urutan sebelum perkahwinan, Insya Allah membantu...

  • BEKAM/ AL-HIJAMAH

    Terapi Bekam disediakan di Pusat Ikhtiar Rawatan Terapi Islam Lahad Datu, jenis bekaman yang disediakan ialah : Bekam Luncur; Bekam Tarik; Bekam Angin; Bekam Darah dan Bekam Resdung. Tuan/ Puan akan diceritakan hasil diagnos darah tuan/ puan, nasihat pemakanan akan diberikan percuma Insya Allah. 1 [satu] cup hanya RM10.00 sahaja .... Insya Allah membantu dengan izinNya ...

  • GHURAH/ RAWATAN RESDUNG

    Rawatan Ikhtiar dengan mengeluarkan lendiran resdung pada saluran pernafasan dengan menggunakan serbuk sumpahan resdung, 1 sesi lebih kurang 15-20 minit sahaja [RM25.00 sahaja] dan akan dibekalkan dengan 1 buku Sabun Resdung [RM9.00] dan Spray Syifa' Resdung al-Bayt [RM40.00] .... Insya Allah membantu dengan izinNya ...

  • TERAPI YUMEIHO/ PIJAT-PIJAT

    Terapi Pijat-pijat Yumeiho ini ialah terapi urutan badan tanpa menggunakan sebarang minyak, tidak perlu menanggalkan pakaian anda [pemakaian track suit adalah digalakkan], terapi membetulkan tulang pinggul dan tulang belakang badan, 1 sesi RM70.00 sahaja [tiada had masa Insya Allah] .... Insya Allah membantu dengan izinNya ...

  • TERAPI GUASA

    GUASA merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesanannya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

  • SABUN NUUR AURA AL-BAYT

    Sabun ini adalah hasil gabungan 7 jenis bungaan yang selalu digunakan dalam Rawatan Islam [menggunakan bunga asli dan bukannya pati bunga], suatu ikhtiar dalam pemulihan jodoh, membangkitkan aura positif dengan izinNya, pengerat hubungan kasih sayang suami isteri, pelembab wajah, dan rawatan gangguan makhluk halus, 1 [satu] unit hanya RM30.90 sahaja ... semua dengan izinNya ...

  • SPRAY SYIFA' RESDUNG

    Spray Syifa' ini adalah keluaran terbaharu TIB dalam ikhtiar masalah fizikal berkaitan sinusitis/ resdung, juga masalah jari-jari kaki gatal [kulat air] dan lenguh-lenguh sendi, dimaklumkan bahawa spray ini tidak boleh merawat masalah Gatal Suami nak kahwin lagi hihihi. 1 [satu] unit hanya RM40.00 sahaja. Adalah digalakkan digunakan bersama dengan Sabun Resdung, Insya Allah membantu dengan izinNya ...

  • KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT

    Rawatan Ikhtiar herba tradisional ini. Antara Khasiatnya ialah: Kencing manis, Darah tinggi, Gout/stroke, Asma/resdung, Migrain, Mati pucuk, Insomia, Stress/tension, Keletihan, mengimbangi proses metabolisma tubuh, Untuk merawat Penyakit Kencing Tak Puas, Kencing Kerap, Batu Karang, Kegagalan Ginjal, Prostat, Kandungan flavanoid, Saponin, Alkoloid dan Antasionin yang 10 kali ganda lebih tinggi dari herba Tongkat Ali, Untuk merawat masalah berkaitan Tenaga Batin Lelaki, Mati Pucuk, Ejakulasi Pramatang! Insya Allah membantu, 1 botol RM45.00 sahaja ... , Insya Allah membantu dengan izinNya ...

:::: Ahlan Bikum :::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rasmi Rawatan dan Terapi As-Sunnah [Dr(AM)Jamal As-Sabahi :::: Tel 014-670 9926], ikhtiar dari kita sebagai hambaNya dan kesembuhan adalah milikNya sahaja, Insya Allah ::::

Friday 22 November 2013

Posted by Unknown
No comments | 10:06
Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.
Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium.Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.
Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.
Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.

0 comments:

Post a Comment

PAUTAN BLOG